Pasangan kekasih dera kanak-kanak didakwa esok

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki dan teman wanitanya yang ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mendera kanak-kanak berusia tujuh tahun akan didakwa di mahkamah di Johor Bahru esok.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, tempoh reman lelaki berusia 37 tahun serta teman wanitanya berusia 39 tahun berakhir hari ini.

"Mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pasangan tersebut sebelum ini direman dari 13 sehingga 19 Oktober dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak 2001.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, penderitaan kanak-kanak lelaki yang didera sejak enam bulan lalu berakhir selepas diselamatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut pengadu yang juga seorang wanita memaklumkan menerima maklumat bahawa kanak-kanak itu berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan siasatan mendapati terdapat kesan lebam serta terbakar termasuk parut lama pada tubuh mangsa.

Artikel Berkaitan: