Dua pelajar lelaki ditahan kes rakam, sebar video remaja mandi

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A
KUANTAN - Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun, bagi membantu siasatan memiliki dan mengedar video seorang kenalan perempuan mereka yang sedang mandi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua suspek ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun itu, pada Jumaat lepas.

"Pengadu mendakwa salah seorang suspek telah memberitahu mempunyai video dirinya sedang mandi dan meminta bayaran RM50 jika mahu video tersebut.

"Pengadu mendakwa video itu disebarkan oleh seorang lagi suspek, kerana ia dibuat semasa mereka berhubung menerusi panggilan video pada Mei lepas,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana memiliki video lucah yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Artikel Berkaitan: