Agong perkenan masyhur SK, SMK Sultan Ahmad, Pekan

Al-Sultan Abdullah beramah mesra bersama pelajar selepas menyempurnakan Majlis Pemasyhuran SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad di sini pada Jumaat.
Al-Sultan Abdullah beramah mesra bersama pelajar selepas menyempurnakan Majlis Pemasyhuran SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad di sini pada Jumaat.
A
A
A

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenaan memasyhurkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad di sini dengan nama baharu SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad.

Ia sempena nama pengasas Kesultanan Pahang Moden, Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.

Al-Sultan Abdullah bertitah, banyak kenangan terlakar ketika Seri Paduka Baginda bersekolah di SK Ahmad bermula Tahun Satu pada 1966.

"Dulu sekolah ini bangunan kayu, bila berlari lantainya berbunyi.

Di bawah bangunan sekolah tempat bermain, main guli.

"Di padang saya berlatih bermain bola, hebat juga Darjah Tiga sudah wakili Pahang jadi terlalu banyak memori di sini terutamanya kenangan bersama rakan-rakan," titah Al-Sultan Abdullah

Seri Paduka Baginda bertitah demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pemasyhuran SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad di sini pada Jumaat.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam titahnya itu, Al-Sultan Abdullah meminta guru dan guru besar agar berusaha meningkatkan prestasi sekolah itu bagi melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang untuk mewarisi kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang.

"Semoga prestasi sekolah ini semakin menyerlah sering dengan nama baharunya.

"Jadikan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sebagai contoh kerana prestasi institusi pendidikan itu antara yang terbaik seluruh negara..

"Methodologi pengajaran dan pembelajarannya cukup baik dan prestasinya begitu menyerlah," titah Seri Paduka Baginda lagi.