Kuil haram Jalan Gombak Lama diroboh

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Sebuah kuil yang didirikan di kiri dan kanan Jalan Gombak Lama yang tular di media sosial baru-baru ini dirobohkan petang tadi.

Difahamkan kuil berkenaan diambil tindakan pejabat hutan yang memasang notis amaran pada waktu pagi sebelum perobohan dilakukan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak pada waktu petang.

Pejabat berkenaan ketika dihubungi mengesahkan tindakan penguatkuasaan itu dan akan memberikan ulasan lanjut berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Gambar tular di media sosial.
Gambar tular di media sosial.

Terdahulu, kewujudan struktur haram itu didedahkan menerusi laporan polis oleh seorang lelaki berusia 65 tahun yang tular dalam laman sosial Facebook.

Pengadu yang juga seorang pesara melaporkan pembinaan konkrit pada air terjun dan tepi jalan itu yang menimbulkan ketidakselesaan awam.

Laporan polis yang tular di media sosial.
Laporan polis yang tular di media sosial.

“Ada penduduk yang menggunakan air tersebut ketika kemarau, tempat mandi orang awam termasuk peminat aktiviti berbasikal dan pemandu lori yang menggunakan laluan itu.

Artikel Berkaitan:

“Hak awam menggunakan kemudahan disekat selepas pembinaan rumah ibadat atas rizab hutan kekal dan meminta tindakan di ambil sebelum isu tersebut menjadi lebih besar,” katanya.

Perobohan struktur dilakukan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.
Perobohan struktur dilakukan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

Sementara itu, seorang penduduk mendakwa kawasan tersebut mula dijadikan sebagai tempat sembahyang oleh penganut Hindu sejak beberapa tahun dulu sebelum mula dibina binaan konkrit baru-baru ini.

“Saya bersama rakan-rakan pernah mandi di sana ketika zaman muda, semasa mula-mula bermain motor.

“Penduduk juga pernah terserempak ada yang buat upacara sembahyang secara individu dan kecil-kecilan, ada tinggalkan bunga dan makanan cuma mula jadi isu bila kawasan itu dilihat semakin besar dan mula dibuat binaan,” katanya.