Perginya seorang sahabat seperti seorang syahid...

Allahyarham (tiga dari kanan) bersama ahli keluarga sebelum berangkat menunaikan umrah. - Foto: FB Ustaz Mohd Zamri
Allahyarham (tiga dari kanan) bersama ahli keluarga sebelum berangkat menunaikan umrah. - Foto: FB Ustaz Mohd Zamri
A
A
A

JORDAN - "Perginya seperti seorang syahid," demikian ungkapan dari Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin buat sahabatnya yang meninggal dunia ketika menunaikan umrah.

Kisah itu dikongsi menerusi Facebook beliau setelah sahabatnya, Hamidi Muhram meninggal dunia akibat serangan jantung.

Katanya, beliau kesempatan untuk menziarahi keluarga Allahyarham dan diberi keizinan untuk berkongsi kisah Allahyarham sebagai satu ibrah yang hebat.

"Saya sempat bersama Allahyarham ketika di hospital, ketika beliau nazak seterusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir... Allahuakbar...

"Pada pemerhatian saya, Allahyarham telah dijemput seakan-akan seperti seorang syuhada’. Lihat sahaja pada jarinya telunjuknya yang tegak yang hanya boleh dilihat pada mereka yang syahid sahaja.

"Raut wajahnya seakan-akan gembira dan senyum kepada jemputan ini. ALLAH saya sangat mencemburui kematian ini. Ini juga tanda benarnya ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka yang melakukan umrah. ALLAH," katanya.

Paparan Facebook Ustaz Mohd Zamri
Paparan Facebook Ustaz Mohd Zamri

Allahyarham yang memiliki keperibadian mulia dikatakan sering bersedekah tanpa diketahui malah berusaha membina sebuah surau di taman kediamannya di Taman Kanching Tun Teja.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga menguruskan peninggalan harta keluarga tanpa mengambil bahagian dari hasilnya dan mengutamakan adik-beradik yang memerlukan.

"Sangat dermawan orangnya, sempat mengeluarkan sikit kewangan untuk bantuan Syria kepada Mursyid Mantop Travel yang bertugas.

"Rupanya inilah antara amalan-amalan di dunianya yang dilakukan dalam banyak yang tidak diketahui oleh kita. ALLAH anugerahkan dengan kematian yang sangat dicemburui oleh sekalian makhluk di dunia ini," jelasnya.

Dalam nada sedih, Ustaz Mohd Zamri juga mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan berharap agar keluarga Allahyarham terus meneruskan amalan yang hebat yang tidak terputus dari status kematian ini iaitu doa anak-anak yang soleh.

Perkongsian beliau nyata memberi keinsafan buat netizen yang menyifatkan pemergian Allahyarham dicemburui dan mendoakan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sementara itu isteri Allahyarham dikenali sebagai Mala Rahman berkata, suaminya itu kerap kali berniat untuk mati syahid dan mati dalam bersedekah.

"Alhamdulillah abang dapat ke dua-duanya. Moga Mala dengan anak-anak jiwa tenang dan redha dan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah seperti doa abang terakhir sebelum abang pergi menghadap ilahi. Alfatihah (buat suami ku tercinta.. Hamidi Muhram) Amin," tulisnya.

Kapsyen Mala buat Allahyarham suaminya.
Kapsyen Mala buat Allahyarham suaminya.