Altimet sanggup parkir jauh daripada guna lot khas ADUN

Parkir yang dikhususkan untuk ADUN dan ahli Parlimen Hulu Langat di PDT Hulu Langat (kiri). Isu dibangkitkan oleh seorang pengguna platform X telah menarik perhatian Altimet untuk memberi maklum balas.
Parkir yang dikhususkan untuk ADUN dan ahli Parlimen Hulu Langat di PDT Hulu Langat (kiri). Isu dibangkitkan oleh seorang pengguna platform X telah menarik perhatian Altimet untuk memberi maklum balas.
A
A
A

AMPANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet menyatakan kesediaan menggunakan parkir awam berbanding parkir khas disediakan wakil rakyat di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

Altimet memberi reaksi demikian sebagai maklum balas terhadap hantaran seorang pengguna media sosial aplikasi X, Reza Razali yang menimbulkan isu parkir khas berkenaan.

Pada Jumaat, Reza telah meminta sekurang-kurangnya sepuluh petak khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen di PDT Hulu Langat itu diberikan kepada pengguna yang lebih memerlukan.

"Ada lebih kurang sepuluh lot khas untuk ADUN dan ahli Parlimen yang semua sihat belaka dan kiranya jarang sekali datang ke pejabat tanah ini.

"Saya lihat ramai orang tua ke sini dan perlu letak kenderaan jauh. Mungkin boleh utamakan lot khas ini kepada yang lebih memerlukan," menurut hantaran Reza pada Jumaat.

Altimet berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengesahkan belum pernah menggunakan lot khas tersebut sejak menjadi ADUN Lembah Jaya.

Beliau berkata, cadangan tersebut akan dipanjangkan untuk perhatian pegawai daerah Hulu Langat sewaktu kunjungan hormat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Apa-apa pun saya akan lepaskan parkir saya di pejabat daerah sepanjang saya jadi ADUN Lembah Jaya.

Artikel Berkaitan:

"Untuk konteks, parkir awam kurang lebih 50 meter dari lokasi gambar-gambar ini. Saya boleh parkir di sana dan jalan. ALLAH masih lagi bagi saya rezeki kaki yang function teruk. Come on, feet," tulisnya.

Altimet menerusi hantaran sama turut memaklumkan perkara tersebut turut akan dibawa kepada ADUN terlibat untuk turut membuat perkara sama.

"Saya akan berjumpa dengan pegawai daerah dalam beberapa minggu lagi. Saya juga akan kepada ADUN lain jika mereka boleh melakukan perkara sama," katanya.