PRK Kemaman: Tak munasabah calonkan Tun M - Abdul Hadi

Abdul Hadi (kiri) menyambut kehadiran Dr Mahathir pada Muktamar Tahunan Pas ke- 69 di Ideal Convention Centre (IDCC) pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Abdul Hadi (kiri) menyambut kehadiran Dr Mahathir pada Muktamar Tahunan Pas ke- 69 di Ideal Convention Centre (IDCC) pada Jumaat. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dinamakan sebagai calon mewakili Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Disember ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan untuk mencalonkan Dr Mahathir adalah tidak munasabah.

Sebaliknya, beliau berkata perbincangan bagi menamakan calon PRK itu masih dalam peringkat perbincangan.

"Tidak munasabah (nak calonkan Dr Mahathir), kalau nak timbulkan biar munasabah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, sumber rapat Dr Mahathir mendakwa Pas kemungkinan meletakkan negarawan itu sebagai calon pada PRK Kemaman.

Laporan itu menyebut kehadiran Dr Mahathir di Dewan Rakyat akan membolehkan tokoh politik itu membangkitkan isu negeri dengan lebih baik.

Artikel Berkaitan: