Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata kepada 1,442.11 daripada 1,442.66.
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata kepada 1,442.11 daripada 1,442.66.
A
A
A

BURSA Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal Jumaat ketika pelabur mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang ditutup lemah selain faktor konflik berterusan di Timur Tengah.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata kepada 1,442.11 daripada 1,442.66.

Indeks tersebut dibuka naik 0.69 mata kepada 1,443.35.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 157 berbanding 106 manakala 223 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,871 tidak diniagakan dan sembilan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 137.23 juta uniot bernilai RM50.78 juta.

Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street terus susut berikutan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berkaitan kadar faedah, termasuk tindakan Pengerusi Jerome Powell semalam yang membayangkan lebih banyak kenaikan kadar faedah itu dalam keadaan ekonomi AS yang kukuh.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI susut sedikit semalam apabila dagangan ditutup melepasi 1,440 walaupun dalam keadaan sentimen serantau yang suram.

"Kami menjangkakan kemelut mata wang global akan menjadi tumpuan dalam masa terdekat berikutan peningkatan hasil AS dan ketidaktentuan pasaran yang ketara.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, kami percaya indeks itu berkemungkinan mengalami sedikit tekanan dan bergerak dalam jajaran 1,435 hingga 1,445,” katanya.

Dalam pada itu, harga minyak mentah terus meningkat dengan minyak mentah Brent yang juga penanda aras global kini dalam aliran melebihi AS$93 setong berikutan stok simpanan yang rendah serta konflik di Timur Tengah, katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals, CIMB dan Tenaga susut dua sen masing-masing kepada RM7.46, RM5.56 serta RM9.96 manakala Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.96, RM4.12 dan RM5.95.

Bagi saham aktif, Asdion, Systech dan Niche Capital masing-masing menokok satu sen kepada sembilan sen, 54 sen dan 14.5 sen manakala Auro Holdings naik setengah sen kepada 17 sen.

Di papan indeks pula, Indeks Indeks FBM Emas menambah 1.75 mata kepada 10,643.19 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 2.77 mata kepada 10,912.33.

Indeks FBMT 100 berkurangan 3.33 mata kepada 10,310.95, Indeks FBM 70 turun 1.86 mata kepada 14,013.64 manakala Indeks FBM ACE susut 7.61 mata kepada 5,098.29.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 174.83, Indeks Tenaga naik 6.74 mata kepada 881.43, Indeks Perladangan menokok 2.42 mata kepada 6,940.72 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 6.46 mata kepada 16,147.75.