Elak sikap tidak bertamadun dalam sidang DUN - Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negeri Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan. - Gambar FB Royal Selangor Office
Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negeri Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan. - Gambar FB Royal Selangor Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor melaksanakan perdebatan dengan sopan serta mengelakkan sikap tidak bertamadun dalam sidang DUN.

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika menerima menghadap Speaker Dewan Negeri Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan.

"Pada pertemuan itu, baginda menitahkan Yang Berhormat Speaker meneruskan kesinambungan Speaker terdahulu dalam mengendalikan perjalanan sidang dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah.

"Baginda mahu agar suasana perdebatan ketika sidang dewan berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan tanpa dicemari dengan penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan, serta perangai-perangai yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun," menurut Selangor Royal Office dalam satu kenyataan itu di laman Facebook rasminya pada Khamis.

Menurut Selangor Royal Office lagi, baginda turut memberi kredit dan penghargaan kepada Speaker-speaker terdahulu dari parti DAP yang dilantik sejak tahun 2008, yang berjaya mengawal keadaan setiap kali sidang berlangsung di dalam dewan yang mulia itu.

Weng San yang juga bekas Adun Banting, dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor berkuatkuasa 19 September lalu menggantikan Ng Suee Lim.

Artikel Berkaitan: