MYCAREER@UMK tawar 300 peluang kerja, latihan industri

MYCAREER@UMK menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri kepada bakal graduan dari pusat pengajian berkenaan.
MYCAREER@UMK menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri kepada bakal graduan dari pusat pengajian berkenaan.
A
A
A
KOTA BHARU - MYCAREER@ Universiti Malaysia Kelantan (MYCAREER@UMK) menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri kepada bakal graduan dari pusat pengajian berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Mohammad Ismail berkata, karnival kerjaya yang diadakan selama dua hari bermula Ahad itu membuka peluang kepada mahasiswa tahun tiga dan empat untuk meneroka peluang pekerjaan.

"Pada masa sama, mereka boleh meninjau latihan industri yang ditawarkan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran itu.

"Objektif utama penganjuran ini juga untuk membantu bakal graduan universiti mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjaya.

“Selain itu, ia juga dapat membentuk sahsiah yang murni dengan memberi penekanan kepada program etika sosial khususnya semasa mereka berada di tempat latihan industri atau di tempat kerja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, terdapat lima slot perkongsian antara industri bersama pelajar mengenai pelbagai topik pembangunan kerjaya seperti celik kewangan, ekonomi gig dan juga industri 4.0.

Ujarnya, antara pemain industri yang menjayakan karnival tersebut ialah Syarikat Recruit, Place and Train (RPT) yang beroperasi di Singapura, PricewaterhouseCoopers (PwC), Resort World Genting dan juga The Grand Renai, Kota Bharu.

Beliau memberitahu, UMK juga turut menerima penyertaan daripada Telco seperti Maxis Hotlink, syarikat Insuran Ijtehad Group.

Artikel Berkaitan: