Tiada kenaikan harga barang ketika musim tengkujuh: KPDNHEP

Dr S Ramakrishnan ( dua dari kanan) meninjau harga kobis bulat import di sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krimas 2019 di Jaya Gocer, Johor Bahru hari ini.
Dr S Ramakrishnan ( dua dari kanan) meninjau harga kobis bulat import di sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krimas 2019 di Jaya Gocer, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang sepanjang musim tengkujuh di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr S Ramakrishnan berkata, pemantauan berterusan juga sentiasa dilakukan KPDNHEP bagi memastikan barang keperluan mencukupi dan harga terkawal.

"Kami juga tidak menerima aduan barang tidak mencukupi," katanya kepada media ketika Majlis Pelancaran Skim Harha Maksimum Musim Perayaan Krismas 2019 di Jaya Grocer, Austin International Convention Centre, Taman Mount Austin, Johor Bahru di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah KPDNHEP Mohd Hairul Anwar Bohru dan Pengurus Jaya Grocer, Yeong Wei Loong.

Dr S Ramakrishnan berkata, tempoh pelaksanaan bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP) 2019 yang dipanjangkan daripada lima hari kepada 10 hari bermula hari ini hingga 31 Disember bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kementerian telah mengenal pasti sebanyak 14 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2019 berbanding 11 barangan pada 2018.

"Antaranya ialah ayam hidup, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, telur gred A,B, dan C serta lada benggala hijau, cili merah, ubi kentang dan kubis bulat import," katanya.

Beliau memberitahu, seramai 200 pegawai penguatkuasaan KPDNHEP di Johor akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya.

Artikel Berkaitan: