Bomba Pasir Mas cipta pelampung penyelamat guna alat kawalan jauh

Mohd Azmi (kiri) memberi penerangan berkaitan RBC yang dicipta oleh bomba Pasir Mas. Gambar kecil: Alat kawalan jauh yang digunakan untuk mengawal RBC.
Mohd Azmi (kiri) memberi penerangan berkaitan RBC yang dicipta oleh bomba Pasir Mas. Gambar kecil: Alat kawalan jauh yang digunakan untuk mengawal RBC.
A
A
A

PASIR MAS - Lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas tampil berinovasi dengan mencipta pelampung penyelamat menggunakan alat kawalan jauh yang pertama di Malaysia.

Peralatan Rescue Bouy Control (RBC) itu berfungsi untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa di air terutama dalam keadaan bahaya di laut mahupun di jeram dan kepala air.

Ketua BBP Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azmi Hussin berkata, RBC mampu mencapai mangsa yang berada di air dalam jarak sejauh hingga 200 meter atau lebih dengan keadaan anggota bomba berada di daratan ataupun di atas bot.

Menurutnya, alat itu akan bertindak mengurangkan risiko bahaya yang dihadapi oleh pasukan penyelamat ketika melakukan operasi membabitkan tragedi lemas di sungai, pantai dan laut serta bencana banjir.

Beliau berkata, RBC berfungsi dengan cara mangsa hanya perlu mencapai pelampung yang dihantar kepada mereka menggunakan alat kawalan jauh dan memegang serta memeluk kemas di bawah badan mereka seterusnya ditarik dengan tali ke bahagian daratan.

“Dalam operasi menyelamat terutama di kawasan-kawasan yang berarus deras, bomba dan pasukan penyelamat lain perlu turun ke kawasan berisiko tinggi dan mengancam nyawa. Ada yang hampir lemas bahkan melayang nyawa untuk menyelamatkan mangsa.

Simulasi usaha menyelamatkan mangsa menggunakan RBC. Gambar kecil: Mohd Azmi
Simulasi usaha menyelamatkan mangsa menggunakan RBC. Gambar kecil: Mohd Azmi

“Terciptanya RBC oleh bomba Kumpulan Rantau Mas ini akan dapat membantu mengurangkan risiko bahaya kepada anggota keselamatan dalam operasi di air selain memastikan sasaran juga berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, pasukannya mengambil masa hampir setahun untuk melakukan penelitian dan kajian sebelum berjaya mencipta RBC yang bakal dibawa ke Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat Kementerian Tahun 2023 untuk dipertandingankan pada November ini.

Katanya, projek RBC tersebut melibatkan kos hampir RM2,000 dan diharap akan menjadi satu alatan penting dalam usaha menyelamat mangsa bencana melibatkan air.

Tambahnya, alat itu mampu menampung berat penumpang sehingga 150 kilogram dan mengapungkan mereka di atas air semasa usaha untuk dibawa ke tempat selamat.

“Kami berharap ciptaan ini akan membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa bukan sahaja mangsa malah anggota-anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi.

“Alat ini akan dipatenkan sebagai ciptaan daripada BBP Pasir Mas sebelum dapat digunakan secara meluas pada masa akan datang,” ujar

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!