Wales belum kibar bendera putih

Pertahanan Wales, Ben Davies (tengah) meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Croatia. - Foto AFP
Pertahanan Wales, Ben Davies (tengah) meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Croatia. - Foto AFP
A
A
A

WALES menghidupkan peluang layak ke Euro 2024 selepas Harry Wilson meledak dua gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Croatia di Cardiff pada Isnin.

Pasukan kendalian Rob Page itu berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan D dengan Croatia kini berisiko terlepas kejohanan besar buat kali pertama sejak Piala Dunia 2010.

Kedudukan Page sebagai pengendali Wales diragui selepas permulaan buruk bagi kempen kelayakan pasukan itu.

Kekalahan 2-4 di tempat sendiri kepada Armenia dan tewas 0-2 kepada pendahulu kumpulan, Turki pada Jun memperlihatkan kemungkinan harapan mereka untuk mara ke Euro buat kali ketiga berturut-turut akan musnah.

"Tindakan adalah lebih penting daripada berkata-kata. Saya muak dan letih kerana perlu terus datang dan bercakap tentang masa depan saya.

"Lebih elok kita bercakap tentang pemain dan persembahan yang telah mereka lakukan. Saya menjadi emosi kerana saya sangat bangga dengan mereka dan mereka layak menerima semua itu.

"Kami tidak sabar untuk bertemu dan beraksi dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Wales dan Croatia terikat dengan 10 mata, tetapi Wales mempunyai kelebihan rekod pertembungan selepas seri 1-1 di Split sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Croatia akan mengharungi perlawanan yang lebih mudah bulan depan apabila mereka menentang Latvia dan menanti kunjungan Armenia di Zagreb.

Wales pula berkunjung ke Armenia dan tuan rumah Turki dalam dua perlawanan terakhir mereka.