Mbappe pacu kemaraan Perancis ke Euro 2024

Mbappe
Mbappe
A
A
A

Dua gol Kylian Mbappe memastikan Perancis layak ke Euro 2024 apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Belanda dalam aksi Kumpulan B di Stadium Johan Cruijff Arena, Amsterdam.

Kemenangan keenam selepas enam perlawanan itu memastikan Les Bleus kendalian Didier Deschamps mara ke Euro 2024 ketika saingan masih berbaki dua perlawanan.

Tahap kecergasan bintang Paris Saint-Germain (PSG) yang diragui tahap kecergasannya selepas baru pulih daripada kecederaan buku lali meledak dua gol pada minit ketujuh dan m-53 sebelum jaringan Quilindschy Hartman mengurangkan defisit The Oranje minit ke-83.

Skuad Ronald Koeman yang sebelum ini dibelasah 0-4 pada 25 Mac lalu, turun tanpa pemain-pemain utamanya akibat cedera atau tidak sihat kini perlu bersaing dengan Greece bagi merebut kedudukan kedua Kumpulan B.

“Ya, kami amat gembira dengan kemenangan pada kelayakan ini, tetapi saya sangat pragmatik walaupun pemain mengetahuinya.

"Kini terdapat satu lagi objektif iaitu untuk menjadi pasukan pilihan. Untuk melakukan ini, anda perlu menjadi antara lima terbaik kempen kelayakan, jadi anda perlu melakukannya secepat mungkin apabila menentang Gibraltar dan Greece,” ujar Deschamps.

Artikel Berkaitan: