Lelaki juga jadi mangsa gangguan seksual - Aiman Athirah

Setiap tahun lebih 90 peratus daripada kes gangguan seksual adalah melibatkan mangsa dalam kalangan kaum wanita - Gambar hiasan, gambar kecil: Aiman Athirah
Setiap tahun lebih 90 peratus daripada kes gangguan seksual adalah melibatkan mangsa dalam kalangan kaum wanita - Gambar hiasan, gambar kecil: Aiman Athirah
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 235 orang atau 23.2 peratus daripada 1,012 mangsa gangguan seksual merupakan golongan lelaki. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, angka itu dicatat menerusi inventori Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam 11 siri jelajah Program Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Antigangguan Seksual.

"Gangguan seksual boleh terjadi di mana sahaja, dalam bentuk apa dan kepada mana-mana individu tanpa mengira jantina, usia, kaum ataupun agama. "Malah golongan yang tidak berdaya seperti kanak-kanak juga turut terlibat," katanya ketika berucap merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM Advokasi Antigangguan Seksual Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, laporan UNICEF Malaysia pada 2021 mencatatkan sekurang-kurangnya empat peratus daripada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun yang menggunakan internet mengalami ancaman eksploitasi dan penderaan seksual yang jelas dalam talian. Tambahnya, ia termasuk diperas ugut untuk terlibat dalam aktiviti seksual, imej seksual dikongsi tanpa kebenaran atau dipaksa untuk melakukan aktiviti seksual melalui janji wang atau hadiah.

"Namun majoriti mangsa adalah kaum wanita iaitu sebanyak 354 kes pada tahun 2020, 446 kes pada tahun 2021 dan 416 kes pada tahun 2022. "Statistik ini menunjukkan bahawa setiap tahun lebih 90 peratus daripada kes gangguan seksual adalah melibatkan mangsa dalam kalangan kaum wanita," jelasnya.

Artikel Berkaitan: