Israel dakwa komander Hamas Ali Qadi 'tumpas'

Setakat ini tiada bantuan sampai kepada 2.3 juta penduduk Gaza berikutan bekalan perubatan dan minyak untuk membekalkan tenaga hospital yang semakin hampir kehabisan.- Foto: Reuters
Setakat ini tiada bantuan sampai kepada 2.3 juta penduduk Gaza berikutan bekalan perubatan dan minyak untuk membekalkan tenaga hospital yang semakin hampir kehabisan.- Foto: Reuters
A
A
A

GAZA - Tentera Israel mendakwa komander Hamas Ali Qadi, yang digambarkan mengetuai serangan balas pada 7 Oktober lalu telah 'tumpas'. Dakwa Israel, sebuah pesawat, di bawah bimbingan perisikan agensi keselamatan negara itu, Shin Bet membunuh Qadi pada hari Sabtu. Namun begitu, tiada komen dikeluarkan oleh Hamas sehingga kini.

Dalam pada itu, setakat ini tiada bantuan sampai kepada 2.3 juta penduduk Gaza berikutan bekalan perubatan dan minyak untuk membekalkan tenaga hospital yang semakin hampir kehabisan. Kira-kira 220,000 orang kehilangan tempat tinggal berlindung di sekolah yang dikendalikan oleh agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pharmacare, Bassim Khoury berkata Gaza mempunyai beberapa kilang kecil mengeluarkan bekalan perubatan tetapi tiada seorang daripada mereka yang bekerja.

"Keadaan untuk ubat-ubatan adalah teruk. Melainkan kita boleh mendesak bantuan kemanusiaan ke Gaza, ia akan menjadi malapetaka," katanya.

Khoury menambah bahawa kakitangannya di lapangan melaporkan hospital menghadapi kekurangan bahan api untuk penjana kuasa, termasuk di Hospital Al-Shifa yang merupakan hospital terbesar di Gaza. - Awani

Artikel Berkaitan: