Tiada tauliah sembelih, tiga kilang proses ayam diarah tutup

Kilang memproses ayam di Batu Caves dikompaun dan diarah tutup dalam operasi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL pada Sabtu.
Kilang memproses ayam di Batu Caves dikompaun dan diarah tutup dalam operasi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga kilang memproses ayam di Batu Caves dikompaun dan diarah tutup dalam operasi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Sabtu.Operasi pihak berkuasa tempatan itu bermula pada jam 2 pagi dan diketuai Timbalan Pengarah Kanan, Dr Nor Halizam Ismail yang melakukan pemeriksaan mengejut ke premis berkenaan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dilakukan pemilik perniagaan berkenaan.Menurutnya, antaranya tidak memiliki sijil tauliah penyembelihan dan tiada sijil halal, premis tidak bersih, menggajikan pekerja warga asing yang tiada suntikan tifoid, tiada sistem tapisan sisa serta menyalurkan sisa fizikal dan darah terus ke longkang awam.

"Susulan itu, sebanyak lapan kompaun dikeluarkan iaitu tiga mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 25(1)(b) UUKPPM (WPKL) 2016 kerana lantai dan dinding ruang pemprosesan ayam kotor dengan sisa efluen, lemak dan darah ayam."Sementara dua kompaun dikeluarkan mengikut UUK 38(1) UUKPPM (WPKL) 2016 kerana gagal memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen serta tiga lagi kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang, mengalirkan sisa efluen, lemak dan darah terus ke longkang atau saliran awam," kata DBKL di laman Facebooknya.

DBKL turut memaklumkan pengurusan kilang diberi amaran dan nasihat berkaitan kehendak kesihatan manakala dua premis diarahkan tutup serta-merta melalui Notis Perintah Penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan UUK 28(1) UUKPPM (WPKL) 2016 bagi melakukan pembersihan dan penambahbaikan."Selain itu, laporan juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Pelesenan dan Perniagaan untuk pembatalan lesen serta turut dipanjangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: