Paras air sungai Kelantan kembali normal kecuali Sungai Golok

Penduduk di kampung berhampiran Sungai Golok.
Penduduk di kampung berhampiran Sungai Golok.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan cuaca di di Kelantan beransur baik walaupun terdapat mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Sehingga jam 10 pagi tadi, menurut portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,173 orang mangsa masih ditempatkan di tujuh PPS melibatkan 437 keluarga di sini.

Jumlah tersebut melibatkan dua jajahan utama iaitu Pasir Mas dan Jeli.

Berdasarkan portal sama, dua PPS di Jeli yang masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Jeli 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas.

Di Pasir Mas pula ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Tok Deh, SK Bakong dan SK Kedai Tanjong.

Hanya satu sungai utama yang masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 9.41 meter (bahaya 9.00) manakala sungai-sungai lain sudah kembali ke paras normal.

Artikel Berkaitan: