Rakyat tidak dilupa, semua dapat manfaat - Aminuddin

Aminuddin (tengah) pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban pada Sabtu.
Aminuddin (tengah) pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Meskipun negara berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion, namun menerusi pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat jelas menunjukkan kerajaan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, secara keseluruhannya tiada satu kumpulan sasar yang tertinggal daripada mendapat manfaat.

Menurutnya, banyak manfaat diterima oleh rakyat terutama peningkatan kadar maksimum pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari RM3,100 kepada RM3,700 dan kadar minimum STR untuk golongan belia dari RM350 kepada RM500.

"Jadi ini menunjukkan dalam kita menghadapi isu atau kos sara hidup yang meningkat, kerajaan telah menunjukkan komitmennya membantu rakyat.

"Saya juga setuju dengan langkah Perdana Menteri melaksanakan pendekatan penyasaran semula subsidi supaya benar-benar ia mencapai matlamatnya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini pada Sabtu.

Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi perhatian terhadap beberapa permintaan yang disuarakan Negeri Sembilan.

Tambahnya, antara yang diterima ialah Klinik Kesihatan Rantau, membina dan menaik taraf jalan di Kuala Lukut ke Chuah, Port Dickson dan sekolah menengah kebangsaan agama di Jempol.

"Ini antara permintaan yang kita senaraikan kepada Kerajaan Persekutuan dan kita berharap ia dapat dilaksanakan segera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Anugerah Sukan Negeri Sembilan kepada 11 kategori dan penyampaian insentif kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat emas di Sukan Para ASEAN Kemboja 2023 yang lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!