Selangor manfaatkan Belanjawan Madani perkukuh ekonomi negeri

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan memanfaatkan pengukuhan sektor logistik dan pelabuhan serta teknologi dan inovasi seperti terkandung dalam Belanjawan 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pentadbiran kerajaan negeri juga akan memperincikan lagi sektor terbabit dengan beberapa usaha yang akan diperincikan menerusi Belanjawan Selangor 2024 pada bulan depan.

Selaku Menteri Besar dan Ahli Parlimen Gombak, beliau turut mendukung hasrat menjadikan ekonomi negara paling kuat dan tahan uji di Asia Tenggara sekali gus tersenarai antara 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2030.

Ujarnya, pelbagai tekad seperti sokongan kepada syarikat mikro mahupun perusahaan kecil dan sederhana diikhtiarkan supaya dapat bersaing bukan sahaja di Malaysia tetapi syarikat lain di luar negara.

“Ini termasuk insentif industri kenderaan elektrik malah komitmen paling besar dalam sejarah diberikan kepada sektor pendidikan bagi membina generasi berwawasan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Secara dasarnya beliau menyambut baik dan menyokong sepenuhnya Belanjawan 2024 telah dibentangkan dengan dua tujuan utama iaitu kepentingan nasional dan kepentingan negeri.

“Insya-ALLAH saya akan mengulas dan membahaskan lebih lanjut berkenaan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi perbahasan pada Selasa depan,” tambahnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri membentang Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ berjumlah RM393.8 bilion yang merupakan paling tinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Artikel Berkaitan:

Ia turut merangkumi rancangan pemantapan ekosistem dan kecekapan pelabuhan negara selain cadangan pembangunan pelabuhan di Pulau Carey bakal direalisasikan melalui Request for Proposal (RFP) dalam memperkukuh lagi peranan Pelabuhan Klang.