LUAS atasi masalah aliran air keruh Sungai Selangor

LUAS bertindak pantas mengatasi masalah aliran air keruh di Sungai Selangor.
LUAS bertindak pantas mengatasi masalah aliran air keruh di Sungai Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertindak pantas mengatasi masalah aliran air keruh di Sungai Selangor sejurus mengesan kekeruhan melebihi 2,000 tingkat kekeruhan air (NTU) di muka sauk loji rawatan air (LRA) Rantau Panjang ekoran hujan lebat lewat petang pada Khamis.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, tindakan pantas agensi itu berjaya mengelakkan operasi LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 mengalami gangguan.

Beliau memaklumkan bermula jam 12 tengah malam Khamis sehingga kini bacaan kekeruhan Sungai Selangor di muka sauk LRA Rantau Panjang menunjukkan tren menurun dan dapat disegerakan kembali normal.

“Keadaan semasa Sungai Selangor adalah terkawal dan tiada risiko kepada operasi LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jamaliah turut memaklumkan siasatan LUAS di sepanjang Sungai Selangor turut mengenal pasti beberapa lokasi projek atau aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada aliran pelepasan dengan kadar kekeruhan yang tinggi.

Pensampelan dilaksanakan LUAS di beberapa lokasi berpotensi ini akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa.
Pensampelan dilaksanakan LUAS di beberapa lokasi berpotensi ini akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa.

“Ia pada jarak sekitar 17km hingga 19km dari muka sauk LRA Rantau Panjang dan akan mengalir ke anak-anak sungai merangkumi Sungai Guntong, Sungai Serendah, Sungai Garing, Sungai Sembah dan akhirnya ke sungai utama iaitu Sungai Selangor," katanya

Sehubungan itu beliau berkata, LUAS menyelaraskan kerjasama bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi melaksanakan pemantauan kelulusan pelan kerja tanah untuk projek pembangunan berkaitan di lokasi berpotensi.

Artikel Berkaitan:

“Pensampelan dilaksanakan LUAS di beberapa lokasi berpotensi ini akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa dan tindakan lanjut penguatkuasaan yang berkaitan di bawah Enakmen LUAS 1999,” ujarnya.

Tambah Jamaliah, kerajaan Selangor dan LUAS sentiasa komited dan proaktif dalam memastikan kelangsungan sumber air di negeri ini dan menyeru semua pihak bertanggungjawab memastikan sumber air terpelihara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!