Anwar terima kunjungan hormat Anies Rasyid Baswedan

Anwar menerima kunjungan hormat mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan di Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan hormat mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan di Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan di Putrajaya pagi ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan pelbagai isu dibincangkan dalam pertemuan itu antaranya keperluan memperkukuh hubungan dua hala.

"Kami juga senada bahawa wujud keperluan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara meliputi pelbagai kerjasama.

"Saya turut berkongsi kisah mengenai kewibawaan (tokoh agama dan ahli politik Indonesia) Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini,” katanya.

Menurut hantaran itu, Anies berada di Malaysia atas jemputan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) serta Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). - Bernama

Artikel Berkaitan: