AMD Dream, Chonburi, Lech Poznan, Evergrande mara separuh akhir Piala Supermokh 2023

Pemain Hong Kong FA (kiri) mengasak pemain Evergrande Football dalam aksi Kategori Bawah 13 Tahun Kejohanan Supermokh 2023 di padang AMD Gambang, Pahang. Foto: National Football Development Programme - NFDP

A
A
A

SKUAD muda negara, AMD Dream, Chonburi FC (Thailand), KSS Lech Poznan FC (Poland) dan Evergrande Football School (China) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kategori Bawah 13 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023.

AMD Dream dan Chonburi FC gah selaku dua pasukan terbaik Kumpulan A manakala KSS Lech Poznan serta Evergrande Football School pula mewakili Kumpulan B.

Evergrande Football School mengesahkan kemaraan selepas menewaskan Hong Kong FA, 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan B.

Pemain Hong Kong FA (kanan) berusaha melepasi halangan pemain Evergrande Football dalam aksi Kategori Bawah 13 Tahun Kejohanan Supermokh 2023 di padang AMD Gambang, Pahang. Foto: National Football Development Programme - NFDP

Tiga mata diraih pasukan berpengkalan di China itu mengutip enam mata hasil dua kemenangan, dan satu kekalahan untuk mengiringi Lech Poznan FC (Poland) selaku dua pasukan terbaik Kumpulan B.

Gol-gol Evergrande Football School dijaringkan pada minit ke 38, 55 dan 54 manakala gol tunggal pasukan dari Hong Kong disempurnakan pada minit ke 52.

Pengendali Evergrande Football Scholl, Sun Weirong menyifatkan kemenangan diraih adalah hasil usaha keras para pemainnya untuk merebut kejuaraan.

“Pemain beraksi sangat baik dan sudah semestinya saya bangga dengan aksi-aksi dipamerkan anak didik saya.

Artikel Berkaitan:

“Kami memanfaatkan peluang dalam bentuk jaringan gol dan akan memberikan saingan lebih sengit di separuh akhir,” katanya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, kekalahan kedua dilakar Hong Kong FA menyaksikan pasukan tersebut meneruskan kemaraan apabila mengutip tiga mata selepas tiga perlawanan.

Pemain Evergrande Football (kanan) berjaya melepasi halangan pemain Hong Kong FA dalam aksi Kategori Bawah 13 Tahun Kejohanan Supermokh 2023 di padang AMD Gambang, Pahang. Foto: National Football Development Programme - NFDP

Sementara itu, hasrat Fagiano Okayama untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 menentang Zhejiang Professional FC (China) dalam aksi kumpulan sama.

Slot dua terbaik separuh akhir milik AMD Dream dan Chonburi FC selepas masing-masing meraih sembilan mata (AMD Dream), Chonburi FC (enam mata), Zhejiang Professional FC (empat mata) dan Fagiano Okayama (satu mata).

Bagi pengendali Fagiano Okayama, Hiroshi Ashitaka para pemainnya beraksi di bawah kemampuan sebenar dengan beberapa kelemahan perlu diperbaiki segera.

“Kami tahu pasukan tidak beraksi dengan baik dan perlu segera mempertingkatkannya menjelang aksi di peringkat plate. Mereka perlu lebih yakin dan bersedia.

“Bagaimanapun saya tetap berbangga dengan prestasi pemain,” ujarnya memuji penganjuran kejohanan yang memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda.

KEPUTUSAN

Kategori Bawah 14 Tahun

AMD Dream 2 - 1 Shonan Bellmare

AMD Future 0 - 6 Buriram United

Spartak Trnava 1 - 1 SSBJ

NK Osijek 1 - 2 Piraya Football Academy

Kategori Bawah 13 Tahun

AMD Dream 0 - 0 Chonburi

Evergrande Football School 3- 1 Hong Kong FA

AMD Future 0 - 2 KKS Lech Poznan

Zhejiang Professional FC 2 – 2 Fagiano Okayama

Kategori Bawah 12 Tahun

ASIOP Football School 0 – 2 NFDP C

JDT 4 – 1 NFDP D

Zhejiang Professional FC 1 – 2 NFDP A

Apuesto Bueno 1 – 8 NFDP B

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!