AMD Dream juara Piala Supermokh

Pemain AMD Dream (kiri) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Lech Poznan FC.
Pemain AMD Dream (kiri) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Lech Poznan FC.
A
A
A

AMD Dream menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 bagi kategori bawah 13 tahun selepas menewaskan kelab Poland, Lech Poznan FC menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 pada aksi final yang berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada masa perlawanan sebenar sebelum gelaran kejuaraan tersebut ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ketua jurulatih AMD Dream, Ekhsan Bukhara berkata, kejuaraan diraih adalah hasil keringat dicurahkan kejurulatihan, pengurusan dan khususnya barisan pemain.

“Alhamdulillah, syukur di atas kejayaan hari ini, semua pemain berjuang semata-mata untuk bergelar juara dan mereka berjaya melakukannya.

“Masih banyak kerja perlu dilakukan selepas ini terutamanya memanfaatkan peluang di depan gawang lawan, kami berjaya mencipta peluang namun ketumpulan bahagian serangan.

“Kami perlu lebih tajam di atas padang,” katanya.

Turun dengan semangat memburu kejuaraan pada kejohanan yang memasuki edisi ketujuh penganjuran, AMD DREAM berdepan saingan sengit dari pasukan lawan yang rata-rata memiliki kelebihan fizikal.

Namun, ia bukan halangan buat barisan pemain AMD Dream yang dilihat menguasai bahagian tengah menerusi corak permainan menyerang dipamerkan.

Artikel Berkaitan:

Usaha berterusan AMD Dream akhirnya membuahkan hasil apabila mereka menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke 28 menerusi pemain sayap kanan, Muhammad Amirul Haziq dan keputusan tersebut kekal sehingga kedua-dua pasukan beredar ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, Lech Poznan FC mula beraksi dengan lebih terbuka dan menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan dengan AMD Dream lebih banyak bertahan dan hanya melancarkan serangan balas memburu gol kedua.

Gol penyamaan Lech Poznan FC akhirnya menjelma menerusi pemain nombor 9, Pisarek Bogdan pada minit ke 61 untuk mengheret penentuan gelaran kejuaraan menerusi sepakan penalti dan akhirnya memihak kepada AMD Dream dengan keputusan 5-4.

Ekhsan berkata, tiada perubahan ketara diterapkan sejak di peringkat kumpulan sehinggalah pentas akhir.

“Jika dilihat barisan pemain, saya menurunkan pemain-pemain yang berbeza, tiada pemain yang tetap, ini untuk memberi pengalaman dan Alhamdulillah pemain membuktikannya di atas padang.

“Terima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, tempat ketiga kategori tersebut pula menjadi milik Evergrande Football Schoool selepas berjaya menewaskan Zheijang Profesional FC dengan keputusan 2-0.

Gelaran kejuaraan kategori bawah 12 tahun pula milik NFDP A yang menewaskan JDT dengan keputusan 5-2 manakala tempat ketiga milik NFDP B yang menewaskan Zheijang Profesional FC dengan kemenangan 3-1.

Kategori bawah 14 tahun menjadi milik penyandang juara Buriram United yang menewaskan SSBJ, 6-0 manakala Shonan Bellmare menamatkan saingan di kedudukan ketiga selepas menewaskan AMD dDeam dengan keputusan 2-1.

Keputusan perlawanan:

Bawah 14 tahun

Akhir

SSBJ 0 – 6 Buriram

Penentuan tempat ketiga

AMD Dream 1 - 2 Shonan Ballmare

Penentuan 5/6

AMD Future (1) 4 – (1) 5 NK Osijek

NK Osijek menang penalti 5-4

Penentuan 7/8

Piraya Football Academy: 0 – 2 Spartak Trnava

Bawah 13

Akhir: AMD Dream 1 – 1 Lech Poznan FC

AMD Dream menang penalti 5-4

Penentuan tempat ketiga

Evergrande 2 – 0 Zhejiang Profesional FC

Penentuan 5/6

Chonburi 0 – 4 Fagiano Okayama

Penentuan 7/8

AMD Future 1 – 3 Hong Kong FA

Bawah 12

Akhir

NFDA A 5 – 2 JDT

Penentuan tempat ketiga

NFDP B 3 – 1 Zheijang

Penentuan 5/6

NFDP C 3 – 1 Asiop

Penentuan 7/8

Apuesto 1 – 5 NFDP D