Jun Hao mara separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan

Jun Hao
Jun Hao
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao meneruskan kecemerlangan apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 hari ini.

Pada aksi suku akhir hari ini berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, Jun Hao yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil 38 minit untuk mengetepikan cabaran wakil Kuala Lumpur, Lim Chong King 21-19, 24-22.

Menanti pilihan utama kejohanan itu ialah juara kebangsaan 2016 dan 2017 yang mewakili Kuala Lumpur, Lim Chi Wing yang menewaskan seorang lagi wakil BAM, Aidil Sholeh Ali Sadikin 22-20 dan 21-8.

"Perlawanan hari ini sedikit sukar di set kedua apabila kami saling mengutip mata, namun saya berjaya bangkit mengawal permainan.

"Berdepan Chi Wing esok, dia mempunyai pengalaman sebab dulu pun dia pernah berlatih bersama dan kami agak rapat. Walaupun sekarang dia dah tak main di peringkat antarabangsa, saya tetap kena berikan cabaran sepenuhnya kepada dia," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Kategori wanita pula menyaksikan pemain pilihan ketiga kejohanan Wong Ling Ching layak ke separuh akhir selepas menewaskan rakan sepasukan Kay Xin Lee, 21-13 dan 21-11.

Ling Ching yang beraksi atas tiket BAM, akan berdepan wakil Johor Lim Shin yang mara ke kelompok empat terbaik itu apabila menewaskan seorang lagi wakil BAM, Oo Shan Zi 21-19 dan 21-17 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Keputusan perlawanan suku akhir

Perseorangan Lelaki

[11] Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar (BAM) kalahkan Soh Ping Chuan (MEL) 21-9, 21-14

[9] Chua Kim Sheng (BAM) kalahkan [3] Lee Shun Yang (BAM) 21-12, 21-17

Perseorangan Wanita:

[5] Siti Nurshuhaini Azman (BAM) kalahkan [4] R. Kasturi (SEL) 21-19, 21-14

[2] K. Letshanaa (BAM) mn Carine Tee Xin Qi (BAM) 21-10, 21-5

Beregu Lelaki:

Chia Wei Jie-Liew Xun (BAM) kalahkan [2] Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe (BAM) 21-15, 21-14

[3] Wan Mohd Arif Wan Sharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King (BAM) kalahkan Wee Yee Hern-Wee Yee Tern (JHR) 21-10, 21-14

Beregu Wanita:

Ho Lo Lee-Amanda Hwa Leng Yap (SEL/KL) kalahkan Lee Xin Jie-Tan Zhing Yi (BAM) 16-21, 21-19, 21-19

[3] Go Pei Kee-Low Yeen Yuan (BAM) kalahkan Nicole Tan Pei En-Vannee Gobi (BAM) 21-11, 21-11

Beregu Campuran:

[1] Yap Roy King-Valeree Siow (BAM) kalahkan Eskil Khaw Yong Siang-Joinne Lee (PEN) 21-12, 21-7

[4] Wong Tien Chi-Lim Chiew Sen (JHR) kalahkan [7] Jeremy Juan-Yap Ling (BAM) 21-15, 14-21, 22-20