Padah simpan stok minyak diesel melebihi had

Tindakan seorang pemilik premis menyimpan stok minyak diesel untuk kegunaan jentera persendirian di sebuah stor di kilometer 5 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, membawa padah apabila perbuatan itu berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.
Tindakan seorang pemilik premis menyimpan stok minyak diesel untuk kegunaan jentera persendirian di sebuah stor di kilometer 5 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, membawa padah apabila perbuatan itu berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.
A
A
A

GUA MUSANG - Tindakan seorang pemilik premis menyimpan stok minyak diesel untuk kegunaan jentera persendirian di sebuah stor di kilometer 5 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini membawa padah apabila perbuatan itu berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan pada jam 3.30 petang Rabu itu KPDN Kelantan telah menemui sejumlah minyak diesel dianggarkan berjumlah 1,725 liter di dalam tong drum dan jeriken.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan oleh sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Gua Musang mendapati pemilik premis terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah kebenaran menyimpan dari Pengawal Bekalan.

"Modus operandi pemilik premis terbabit ialah mendapatkan bekalan minyak tersebut dengan membeli dari stesen minyak sekitar Gua Musang secara berulang dan kemudian dikumpulkan dalam bekas berkenaan untuk kegunaan jentera persendirian.

"Kes ini disiasat bawah Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (pindaan) 2021 iaitu kesalahan memiliki barang kawalan berjadual melebihi 20 liter tanpa kebenaran Pengawal Bekalan, Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kesemua minyak diesel berkenaan telah disita dan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM3,708.75.

Ujarnya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga tidak lebih dari RM1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali.

Azman memberitahu, KPDN sentiasa komited dalam membanteras unsur penyelewengan dan ketirisan bahan api serta tidak akan berkompromi dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan: