PLKN 3.0: Terap kemahiran insaniah untuk cipta daya saing belia

MBM alu-alukan pelaksanaan semula PLKN 3.0 kerana ia berpotensi cungkil bakat belia dan bentuk jati diri menjadi pemimpin berkeperibadian tinggi. - Foto fail Bernama (Gambar kecil: Hasnul Haniff)
MBM alu-alukan pelaksanaan semula PLKN 3.0 kerana ia berpotensi cungkil bakat belia dan bentuk jati diri menjadi pemimpin berkeperibadian tinggi. - Foto fail Bernama (Gambar kecil: Hasnul Haniff)
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan belia dan anak muda di negara ini setuju sekiranya pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerapkan elemen kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan kehendak semasa agar mereka mampu bersaing dalam pelbagai bidang.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun berkata, keperluan tersebut dilihat sesuai dengan keadaan semasa ditambah pula dengan pelbagai isu sosial remaja semestinya memerlukan pendekatan mendidik yang berbeza.

“Kami amat mengalu-alukan pelaksanaan semula PLKN 3.0 kerana ia berpotensi mencungkil bakat belia dan membentuk jati diri mereka menjadi pemimpin yang mempunyai keperibadian tinggi.

“Kita bukan mahukan belia bijak dalam bidang akademik semata-mata, tetapi turut meliputi kemahiran insaniah seperti kepimpinan dan komunikasi bagi melahirkan modal insan berdaya saing di masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan berbeza iaitu menggalakkan anak muda untuk menjalani latihan disiplin dan ketenteraan di kem tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi tujuan tersebut, sebanyak 13 kem pusat latihan askar Wataniah dengan kapasiti yang mampu menampung seramai 20,000 pelatih akan digunakan bagi sesi latihan untuk tempoh 45 hari.

Artikel Berkaitan: