Palang Merah sedia beri bantuan kepada Gaza

Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera dibawa ke Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza. - Foto EPA
Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera dibawa ke Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza. - Foto EPA
A
A
A

GENEVA - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersedia memberikan bantuan kesihatan kepada Israel dan Semenanjung Gaza apabila diperlukan, kata jurucakap ICRC, Fatima Sator kepada Sputnik pada Selasa.

"Pada Sabtu (7 Oktober), kami dengan segera menghantar trak bantuan perubatan (usungan, katil dan beg mayat) ke hospital di Semenanjung Gaza dan sejak itu, kami telah menyampaikan bantuan tambahan.

"Kami bersedia memberikan bantuan kemanusiaan tambahan bergantung kepada keperluan kedua-dua pihak. Kami menyumbang 280 beg mayat dan 12 usungan kepada Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza," kata Sator. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan: