Pemain beregu campuran negara lumpuh sebelah muka

SHAH ALAM – Bahagian kiri muka pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon lumpuh akibat penyakit Bell’s Palsy.
Perkara menyedihkan itu disahkan pemain berusia 31 tahun dan turut berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video yang berdurasi 1 minit itu memaparkan Peng Soon melakukan penerangan mengenai penyakitnya itu sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya itu berasa kebas.
“Saya tak pasti sekiranya anda pernah mendengar penyakit ini (lumpuh muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang,” tulisnya.

Video yang dikongsi oleh Peng Soon kini meraih 56,723 tontonan dan rata-rata netizen khususnya rakyat Malaysia mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Peng Soon agar cepat sembuh dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.
“Semoga cepat sembuh Peng Soon, jaguh harapan negara dan selalu dipermudahkan urusan. Selalu tengok dia bertungkus-lumus dengan Goh Liu Ying untuk mendapatkan sebutir pingat emas buat negara,” tulis Ahmad Adam di Instagram.
Azizul Rahman pula memberitahu, “Saya pernah kena penyakit ini dan hampir sebulan baru sembuh seperti sedia kala dan memerlukan banyak rehat. Semoga cepat sembuh Peng Soon kerana kami rakyat Malaysia masih mahu melihat anda beraksi.”
Bell’s Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah dan ia berlaku apabila salah satu daripada saraf mengawal otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
- Iklan -Nur Azmi ganti Ab Ghani sebagai presiden MFL?
17 September 2026 06:01pmHidalgo layak sarung jersi Harimau Malaya
17 September 2026 04:38pmAb Ghani mahu bawa perubahan kepada FAM
17 September 2026 04:22pmShahril terbuka terima kekalahan
17 September 2026 04:05pm'Apa nak dimalukan, saya anggap ini ‘hadiah’ daripada ALLAH’
17 September 2026 09:23amBangunan Pasti terbakar
17 September 2026 12:45pmSiti Nuraini meninggal dunia ketika menyelam di Bali
17 September 2026 02:29pmSetahun pegang jawatan, bekas Menteri Kewangan terima pencen kerajaan
17 September 2026 09:07am- Iklan -- Iklan -
