Remaja OKU ditemui lemas di Sungai Paka

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki kurang upaya (OKU) yang menghidap autisme ditemukan lemas kira-kira jam 8 malam di Sungai Paka, Dungun selepas mandi bersama dua rakannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba ll, Mohd Salahuddin Isa berkata, Mohd Danish Haikal Jamaludin,13, yang tinggal di Taman Seberang Paka di sini dipercayai mandi bersama rakan-rakannya kira-kira jam 6 petang tadi sebelum mangsa terperlus di kawasan dalam.

“Mangsa dikatakan tidak pandai berenang. Kejadian tersebut telah dilihat orang awam sebelum mereka melaporkan kepada pihak bomba. Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka digerakkan ke lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemukan di dasar sungai iaitu pada jarak lima meter dari tebing sungai tersebut pada jam 8.03 malam oleh pihak bomba dengan bantuan orang awam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: