Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan pemecatan Trump

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas dolar menjadi lebih kukuh berikutan pemecatan Presiden Donald Trump.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 yang direkodkan semalam.

Presiden Trump adalah Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ketiga dalam sejarah yang akan diproses pecat selepas Dewan Perwakilan mengundi 230-197 bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan 229-198 membabitkan dakwaan menghalang Kongres.

"Trump masih Presiden tetapi pemecatan ini mencetuskan ketidaktentuan politik AS, oleh itu ianya membendung selera risiko untuk mata wang baharu seperti ringgit," kata seorang peniaga kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0542/0581 daripada 3.0520/0547, lemah berbanding pound British kepada 5.4251/4320 daripada 5.4232/4288 dan menurun berbanding Euro kepada 4.6099/6156 daripada 4.6057/6095.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.7788/7827 daripada 3.7802/7832 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: