Peragut berputih mata, ragut rantai emas tiruan

Rakaman kamera litar tertutup menyaksikan aktiviti jenayah seorang peragut.
Rakaman kamera litar tertutup menyaksikan aktiviti jenayah seorang peragut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang peragut terpaksa berputih mata apabila rantai yang diragut daripada seorang wanita warga India sebenarnya emas tiruan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan di Jalan Tun Sambanthan, di sini pada jam 10.55 pagi kelmarin.

Menurut anggota Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad yang bertugas sekitar bangunan itu, mangsa enggan membuat laporan polis kerana rantai itu hanya emas tiruan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC hitam dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti meragut rantai seorang wanita di kawasan Brickfields.

Mohd Fahmi berkata, kejadian itu bukan berlaku di kawasan Brickfields seperti ditularkan tetapi di Jalan Tun Sambanthan.

"Kita meminta bantuan orang ramai supaya tampil memberi maklumat bagi membantu polis menjejaki suspek," jelasnya.

Artikel Berkaitan: