310 kanak-kanak sahut cabaran di Tanjong Puteri Golf Resort

Para peserta giat memantapkan persediaan sebelum kejohanan bermula esok.
Para peserta giat memantapkan persediaan sebelum kejohanan bermula esok.
A
A
A

SEBANYAK 310 pemain golf kanak-kanak dunia bakal menyahut cabaran pada Kejuaraan Golf Kanak-kanak Dunia 2019 di Tanjong Puteri Golf Resort, Johor selama tiga hari bermula esok hingga 20 Disember ini.

Pengurus Besar Tanjong Puteri Golf Resort, Ivan Teo berkata, edisi kali keempat itu melibatkan penyertaan dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun dari lebih 26 negara.

Peserta akan berentap dalam 15 kategori di tiga padang golf 18 lubang iaitu Plantation, Village dan Straits di sini.

Katanya, antara peserta yang mengambil bahagian adalah dari Australia, Bulgaria, Kanada, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Mauritius, Maghribi, New Zealand, Norway dan Filipina.

Para peserta giat menjalani latihan hari ini sebelum kejohanan bermula esok.
Para peserta giat menjalani latihan hari ini sebelum kejohanan bermula esok.

"Selain itu, terdapat juga peserta dari Scotland, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam dan Zimbabwe.

“Sambutan amat menggalakkan dan melalui pertandingan sebegini juga kami berharap dapat menyumbang ke arah melahirkan pelapis golf negara pada masa depan,” katanya.

Artikel Berkaitan: