Nelayan asing masih degil, ceroboh perairan negara

Masalah pencerobohan bot nelayan asing telah lama berlaku namun terus berlarutan sehingga kini apabila bot nelayan asing tetap berdegil menangkap hasil dari perairan negara.
Masalah pencerobohan bot nelayan asing telah lama berlaku namun terus berlarutan sehingga kini apabila bot nelayan asing tetap berdegil menangkap hasil dari perairan negara.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan diharap mengambil langkah lebih serius dalam menangani masalah pencerobohan bot nelayan asing khususnya dari Vietnam yang berlaku di seluruh negara.

Pengerusi Lajnah Asas Tani/Nelayan Pas Pusat, Dr Azman Ismail berkata, isu pencerobohan bot nelayan asing bukan hanya berlaku di Kedah, malah terjadi di negeri lain termasuklah Terengganu.

Beliau berkata, masalah pencerobohan bot nelayan asing telah lama berlaku namun terus berlarutan sehingga kini apabila bot nelayan asing tetap berdegil menangkap hasil dari perairan negara.

"Malah bot nelayan asing khususnya di Terengganu dilihat menggunakan pukat tunda ganding untuk menangkap hasil laut yang mana memberi kesan buruk kepada sumber perikanan negara.

"Apabila isu pencerobohan bot nelayan asing itu diadukan kepada EU (Kesatuan Eropah) dan mereka menerima 'yellow card' namun ia tetap berlaku," katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Petani/Nelayan di Restoran Mega Kuning, Padang Lalang, Alor Janggus di sini semalam.

Azman (tengah) menerima memorandum daripada Che Ani (kanan) selepas Majlis Dialog Petani/Nelayan di Restoran Mega Kuning, Padang Lalang, Alor Janggus di sini semalam.
Azman (tengah) menerima memorandum daripada Che Ani (kanan) selepas Majlis Dialog Petani/Nelayan di Restoran Mega Kuning, Padang Lalang, Alor Janggus di sini semalam.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya, Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi.

Azman berkata, selain isu pencerobohan bot nelayan asing, isu bot ali baba turut mencetuskan kebimbangan, yang mana bot nelayan asing menggunakan lesen bot tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita berharap kerajaan dapat mengambil tindakan tegas supaya tidak ada yang berani melakukan aktiviti sedemikian dan kita akan terus mendesak perkara ini.

"Seperti di Terengganu, kita akan mengenakan tindakan tegas seperti melelong enjin bot dan bot ditenggelamkan sebagai unjang untuk rumah ikan," katanya.

Terdahulu, Azman turut menerima penyerahan memorandum isu dan cadangan untuk nelayan daripada Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Che Ani Mat Zain.