X

Kindly register in order to view this article
!

Kenapa Malaysia jadi hub scammer China?

Gambar hiasan -Foto 123RF
A
A

MERAK Jalanan nak ucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Malaysia terutamanya Jabatan Imigresen.

Sejak bulan lalu, satu demi satu sindiket scammer China atau biasanya digelar Macau Scam berjaya ditangkap serta dilumpuhkan.

Bermula dengan kes penangkapan terbesar di Cyberjaya dengan tertangkapnya lebih 600 orang warga China, kemudian satu demi satu sindiket itu mula terbongkar di seluruh negara.

Ada yang diberkas di Ipoh, Perak kemudian ada pula yang ditahan di Kota Kinabalu, Sabah.

Rupa-rupanya, sindiket itu tumbuh melata di seluruh negara.

Namun, yang menjadi kebimbangan Merak Jalanan adakah yang tertangkap itu ialah jerung-jerung besar sindiket scammer China?

Kalau setakat ikan-ikan bilis, Merak Jalanan percaya sindiket scammer China itu masih bebas dan bermaharajalela beroperasi di banyak lokasi lain di seluruh negara.Namun di sebalik operasi demi operasi yang dijalankan itu, Merak Jalanan percaya pihak berkuasa perlu juga mengkaji kenapa sindiket scammer China menjadikan Malaysia sebagai hub kegiatan haram mereka.

Kenapa mereka tidak melakukannya di China sedangkan mangsa-mangsa mereka ialah warga China sendiri? Atau kenapa mereka tidak membuat kerja jahat mereka itu di Singapura, Thailand atau Indonesia.

Adakah senario kebanjiran sindiket haram itu disebabkan oleh kelemahan penguatkuasaan atau kelonggaran undang-undang di Malaysia? Atau mungkin juga kononnya sistem jaringan internet di Malaysia terutamanya di kawasan Cyberjaya lebih laju?

Yang pasti, kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan lagi senario itu berlarutan. Ribuan pekerja China datang ke Malaysia membuat kerja-kerja scammer adalah imej yang tidak patut berlaku.

Ia seolah-olah menggambarkan kelemahan penguat kuasaan, undang-undang dan sistem pengurusan kita menangani warga asing.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus