Polis siasat kesahihan akuan bersumpah Azilah

Gambar kanan: Datuk Huzir Mohamed
Gambar kanan: Datuk Huzir Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Polis akan menyiasat akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Azilah Hadri yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkannya untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya masih belum menerima SD itu.

"Kita perlu menyiasat sama ada SD itu sahih atau tidak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Azilah adalah cerita orang terdesak: Najib

Bapa saya bukan seorang pembunuh, kata Nooryana

Dalam SD bertarikh 17 Oktober lalu itu, Azilah mendakwa Najib ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkannya supaya membunuh Altantuya dan menghapuskan mayatnya.

Azilah mendakwa arahan itu diberikan secara lisan ketika bertemu dengan Najib dalam satu pertemuan pada 17 Oktober 2006 di Pekan, Pahang.

Beliau turut mendakwa arahan supaya mayat wanita Mongolia itu perlu dihapuskan kerana mangsa didakwa seorang perisik yang boleh mengancam keselamatan negara.

Artikel Berkaitan:

Azilah membuat dakwaan mengejutkan itu dari Penjara Kajang.

Sirul dan Azilah telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati mereka.

Sirul telah melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya. Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.