X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

500kg ketum dirampas dalam ladang getah

Antara bungkusan daun ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah pondok di ladang getah Khamis lalu.
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Wilayah Utara merampas 500 kilogram (kg) daun ketum di sebuah pondok dalam ladang getah berhampiran kawasan perindustrian di sini Khamis lalu.

Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, daun ketum bernilai RM75,500 itu ditemui ketika anggota menjalankan pemantauan di kawasan pondok berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut dalam pondok yang tidak berpenghuni itu, pihaknya menjumpai 50 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun ketum terbabit.

"Anggota seterusnya menjalankan pemantauan selama satu jam dan tiada individu muncul untuk mengambil bungkusan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua bungkusan berkenaan dibawa ke Balai Polis Padang Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sementara itu Abdul Ghani berkata, dalam Op Wawasan yang dijalankan selama lima hari bermula Selasa lalu, pihaknya turut merampas sebanyak 1,070kg daun ketum bernilai RM160,000 dalam kes berasingan serta melibatkan tangkapan seorang suspek.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!