Letusan gunung berapi White Island: Polis namakan mangsa pertama

Krystal Eve Browitt dilaporkan berkunjung ke pulau White Island itu bersama keluarganya ketika letusan itu berlaku. - Foto: Agensi
Krystal Eve Browitt dilaporkan berkunjung ke pulau White Island itu bersama keluarganya ketika letusan itu berlaku. - Foto: Agensi
A
A
A

WELLINGTON - Polis telah menamakan secara rasmi mangsa pertama yang maut akibat letusan gunung berapi White Island di New Zealand pada Isnin lalu.

Warga Australia, Krystal Eve Browitt, 21, dilaporkan berkunjung ke pulau itu bersama keluarganya ketika kejadian itu berlaku.

Dua ahli keluarga pelajar jurusan veterinar itu juga dirawat di hospital akibat kecederaan yang serius.

Setakat ini, 15 kematian telah disahkan manakala 20 mangsa yang mengalami kesan melecur teruk sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi di beberapa hospital.

Jurucakap polis hari ini memaklumkan seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Waikato.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan penyelam meneruskan operasi mencari dua lagi mayat di sekitar White Island yang turut digelar Whakaari oleh puak Maori.

Keadaan air di sekitar kawasan penemuan mayat terapung sebelum ini didakwa sangat optimum yang mana jarak penglihatan adalah antara sifar dan 2 meter di beberapa lokasi.

"Keadaan air di sekitar pulau itu telah tercemar dan memerlukan para penyelam mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan masing-masing. Ia termasuk menggunakan peralatan perlindungan khas," kata Timbalan Pesuruhjaya, John Tims. - Agensi

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Letusan di White Island Penyelam cari dua lagi mayat