Kes Cradle Fund: Saksi ada terfikir kebakaran akibat perbuatan khianat

Abdul Halim (kanan), yang juga saksi pendakwaan ke-15, hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. -Foto Bernama
Abdul Halim (kanan), yang juga saksi pendakwaan ke-15, hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pegawai penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, memberitahu mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau ada terfikir kebakaran di bilik tidur Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan berpunca daripada perbuatan khianat.

Abdul Halim Zulkefeli yang juga saksi pendakwaan ke-15 berkata, perkara tersebut disedarinya semasa memulangkan semula bilik berkenaan kepada isteri Nazrin, Samirah Muzaffar, 44, selepas selesai melakukan siasatan.

Saksi pendakwaan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Abdul Halim Zulkefeli memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa wujud unsur perbuatan khianat dalam kes itu, namun tidak mengesyaki sesiapa.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak merekodkan perkara tersebut pada mana-mana laporan yang dibuat olehnya pada hari kejadian kerana tidak mengetahui siapa pelakunya.

Ketika menjawab soalan pasukan pembelaan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Abdul Halim berkata, terdapat curahan petrol berhampiran kepala katil dalam bilik Nazri selepas analisis dijalankan pasukan penyiasat.

Muhammad Shafee: Masa buat pemeriksaan kali pertama 14 Jun 2018 kemudian, pemeriksaan kedua 16 Jun dan ketiga 19 Jun,ada syak terdapat unsur khianat?

Abdul Halim: Ya.

Muhammad Shafee: Selepas buat siasatan, encik kembalikan semula barang milikan kepada tuan rumah Samirah, walaupun wujud unsur khianat?

Artikel Berkaitan:

Abdul Halim: Kerana saya tidak mengesyaki siapa pelakunya. Saya lakukan pemeriksaan di rumah milik tuan rumah. Saya harus kembalikan pada pemilik.

Muhammad Shafee: Ada rasa ia perbuatan khianat dan tulis dalam laporan dibakar, jenayah dan bunuh?

Abdul Halim: Tiada laporan pada 14 hari bulan dan laporan hanya siap pada Julai.

Muhammad Shafee: Lepas selesai periksa bilik, Halim ada beritahu pasal wujud unsur khianat pada poliskah? sebab jika ada, kena serah pada polis dan bilik itu sepatutnya tidak diserah pada pemilik kediaman sehingga selesai siasatan.

Abdul Halim: Ya, saya ada beritahu pada polis iaitu Sarjan Rahim untuk tindakan polis selanjutnya.

Muhammad Shafee: Sepatutnya encik tidak serah pada penghuni jika ada unsur jenayah.

Abdul Halim: Saya serah pada pemilik sebab tidak syak sesiapa ketika itu.

Muhammad Shafee: Ada syak sebelum ini ia perbuatan khianat?

Abdul Halim: Hari pertama lagi saya syak ada jenayah (khianat).

Prosiding perbicaraan di hadapan Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman disambung Isnin depan.

Sebelum ini, Samirah dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, didakwa membunuh CEO berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.