Corbyn kecewa, enggan pimpin Parti Buruh

Jeremy Corbyn. -Foto: AFP
Jeremy Corbyn. -Foto: AFP
A
A
A

LONDON - Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengesahkan beliau tidak akan memimpin partinya pada pilihan raya United Kingdom (UK) akan datang selepas kecewa dengan pemilihan malam tadi.

"Ia adalah malam yang sangat mengecewakan untuk Parti Buruh dengan keputusan yang kami dapat.

"Saya tidak akan memimpin parti ini dalam mana-mana kempen pilihan raya umum," katanya selepas memenangi kerusi di utara London.

Sementara itu, Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berada di landasan untuk menang majoriti di Parlimen selepas negara itu mengadakan Pilihan Raya Umum semalam.

Parti Konservatif dijangka memenangi 357 kerusi daripada kira-kira 41 peratus undi di bawah sistem sistem First Past The Post (FPTP) atau majoriti mudah.

Jangkaan itu dibuat media BBC selepas keputusan melibatkan kira-kira 200 daripada 650 kerusi.

Ia bakal memberikan Johnson majoriti yang jelas di Dewan Rakyat sekali gus membuka jalan bagi beliau untuk meluluskan perjanjian Brexitnya.

Bagi parti pembangkang pimpinan Corbyn, ia dijangka mendapat 201 kerusi, kurang 61 kerusi berbanding pilihan raya pada tahun 2017.

Artikel Berkaitan:

Ramalan tersebut bermakna peningkatan lebih 40 kerusi untuk Konservatif daripada pilihan raya terakhir dua tahun lalu.

"Kita bakal menyaksikan perubahan bersejarah. Jika jangkaan tepat, Johnson dan Parti Konservatif bakal memenangi jumlah kerusi terbesar sejak tahun 1987 dan Parti Buruh mendapat kerusi paling sedikit sejak tahun 1935," kata penganalisis politik, Matthew Goodwin. - Agensi