X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat berpendapatan tinggi, sederhana sokong PH

Gambar hiasan -Foto Bernama
A
A

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana, menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Emir Research.

Golongan yang berpendapatan rendah pula cenderung menyokong UMNO dan Pas.

Kaji selidik itu mendedahkan lebih separuh daripada mereka yang berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 (51 peratus) dan melebihi RM5,000 (52 peratus) menyokong PH manakala hanya 40 peratus yang pendapatan kurang daripada RM3,000 memilih gabungan pemerintah.

Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, 45 peratus memilih UMNO dan Pas.

Bagi golongan berpendapatan antara RM3,001 hingga RM5,000, hanya 31 peratus menyokong UMNO dan Pas dan 36 peratus di kalangan mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas.

Dalam pada itu, mereka yang berkelulusan ijazah lebih cenderung memilih PH, (56 peratus) berbanding diploma (48 peratus) memilih UMNO dan Pas.

Kajian itu juga menunjukkan 48 peratus penduduk di kawasan bandar memilih PH manakala 32 peratus penduduk luar bandar memilih UMNO dan Pas.

Tinjauan itu juga mendapati PH kekal popular di kalangan orang Cina (64 peratus) dan India (53 peratus) berbanding orang Melayu (33 peratus).

Pakatan UMNO dan Pas pula menarik lebih banyak sokongan Melayu (53 peratus) berbanding Cina (12 peratus dan India (24 peratus).

Menurut Emir Research, ini jelas memperlihatkan PH mempunyai banyak kerja bagi menutup jurang dengan Muafakat Nasional berhubung sokongan Melayu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus