Parlimen bubar, Israel berdepan pilihan raya umum ketiga dalam setahun

No Image Caption
A
A
A

BAITULMAQDIS - Parlimen Israel dibubarkan pada Rabu malam selepas dua parti utamanya gagal membentuk kerajaan menjelang tarikh akhir pada waktu tengah malam yang menyaksikan penganjuran pilihan raya umum ketiga dalam tempoh setahun, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Pilihan raya itu akan berlangsung pada bulan Mac 2020, lapor media tempatan.

Parlimen atau Knesset dijangka mengundi dalam tempoh semalaman untuk menentukan tarikh sebenar pilihan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel bakal adakan pilihan raya ketiga dalam tempoh setahun?

Knesset secara automatik dibubarkan selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pesaing utamanya Benny Gantz gagal membentuk kerajaan gabungan.

Susulan keputusan pengundian yang begitu sengit dalam pilihan raya pada September, Parti Likud pimpinan Netanyahu serta Parti Biru dan Putih pimpinan Gantz gagal membentuk satu gabungan.

Pilihan raya terakhir diadakan selepas berdepan kebuntuan politik yang sama pada April. - Bernama

Artikel Berkaitan: