Mat Sabu kekal Presiden Amanah

Mohamad, Salahuddin dan Husam
Mohamad, Salahuddin dan Husam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2019-2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan parti tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub juga kekal menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Meskipun tidak bertanding dalam konvensyen kali ini, Senator Datuk Husam Musa pula dilantik menjadi Naib Presiden selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Ahli mesyuarat pimpinan Amanah Nasional yang bersidang pada 10 Disember 2019 sebulat suara memilih dua naib presiden lantikan dan penjawat utama bagi setiap portfolio jawatankuasa Amanah yang lain.

“Mereka akan mula bertugas berkuat kuasa 11 Disember 2019 sehingga Konvensyen Amanah Nasional kali ke-6 yang dijangka diadakan pada tahun 2022 nanti,” memetik kenyataan tersebut.

Tiga lagi Naib Presiden ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunos.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit pilih pimpinan bukti Amanah matang: Salahuddin

Datuk Seri Ahmad Awang pula kekal sebagai Penasihat Umum dan Datuk Wira Abdul Ghani Samsuddin memegang jawatan Timbalan Penasihat Umum.

Artikel Berkaitan:

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad pula kekal memegang jawatan Pengarah Komunikasi Amanah.

Di KOTA BHARU, Husam menerima kehendak parti yang masih mahu dirinya memegang jawatan Naib Presiden Amanah walaupun tidak bertanding pada Jumaat lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu berkata, beliau bersetuju sekali lagi dilantik sebagai Naib Presiden parti bagi penggal 2019 hingga 2022.

“Saya terima (jawatan) Naib Presiden dan berterima kasih atas lantikan tersebut,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Mengikut Fasal 16.1(c), Perlembagaan Parti Amanah memberi kuasa kepada Presiden boleh melantik sejumlah bilangan ahli tambahan Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan jumlah keseluruhannya tidak melebihi 49 orang dengan persetujuan majoriti Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional (AJKPN) yang hadir dalam mesyuarat.

Berdasarkan Fasal 16.1(c) pula, Perlembagaan Parti Amanah memberi kuasa kepada Presiden boleh melantik sejumlah bilangan ahli tambahan Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan jumlah keseluruhannya tidak melebihi 49 orang dengan persetujuan majoriti AJKPN yang hadir dalam mesyuarat.