Kes permohonan jaminan dua exco 16 Disember

Damian Yeo ketika memberi penerangan mengenai tarikh sebutan semula kes permohonan kebenaran ikat jamin individu itu kepada Setiausha DAP negeri, Khoo Poay Tiong dan wakil ahli keluarga di luar Mahkamah Sesyen hari ini.
Damian Yeo ketika memberi penerangan mengenai tarikh sebutan semula kes permohonan kebenaran ikat jamin individu itu kepada Setiausha DAP negeri, Khoo Poay Tiong dan wakil ahli keluarga di luar Mahkamah Sesyen hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini menetapkan Isnin depan sebagai tarikh sebutan semula kes permohonan kebenaran ikat jamin bagi tiga individu yang dituduh memberi sokongan kepada Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan tarikh itu sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan terhadap ketiga-tiga notis usul yang membabitkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gadek, S Saminathan; ADUN Seremban, PGubasekaran dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbandaran Teknologi Hijau Melaka (PTHM) S Chandru.

Keputusan itu membolehkan tiga usul yang dikemukakan pihak pembela dapat didengar pada tarikh tersebut selepas notis serahan yang membabitkan Saminathan dan guna Gunasekaran masing-masing pada 9 Disember manakala Chandru pada 4 Disember lalu.

Terdahulu, peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, Damian Yeo Shen Li memohon mahkamah menetapkan tarikh pendengaran afidavit terhadap ketiga-tiga usul pada Jumaat ini sebelum hakim menetapkan 16 Disember serentak dengan tarikh hujahan penuh.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya Hayatul Wirdah Mohd Yunos memohon pendengaran hujahan ditetapkan 16 Disember sementara memfailkan afidavit untuk sokongan serentak dengan tarikh sebutan semula kes ketiga-tiga tertuduh yang sebelum ini didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sebelum ini media melaporkan 12 individu termasuk dua ADUN yang sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen beberapa negeri berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE termasuk pertuduhan sama di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di Kuala Lumpur.

Pada awal November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob telah memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan pembelaan mengikut seksyen 13(2) SOSMA bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke mahkamah tinggi.

Artikel Berkaitan: