Kerajaan Johor yakin potensi Iskandar Puteri untuk usahawan

Osman menyempurnakan gimik perasmian Medan Selera Iskandar Malaysia.
Osman menyempurnakan gimik perasmian Medan Selera Iskandar Malaysia.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor yakin pembangunan pesat yang sedang rancak di kawasan Iskandar Puteri atau dikenali Gelang Patah mampu menjadi potensi bagi golongan usahawan.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, kawasan tersebut mempunyai banyak projek-projek mega sama ada dibangunkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mahupun secara persendirian.

Menurutnya, Iskandar Puteri juga dilihat telah membangun sebagai satu kawasan pembangunan elit di mana terdapat kawasan penempatan baharu yang moden dan didiami oleh ahli perniagaan serta tenaga pakar dan golongan profesional.

"Iskandar Puteri kini turut dilengkapi dengan hab pendidikan antaranya menempatkan Educity termasuk universiti, kolej dan sekolah-sekolah antarabangsa yang kini menjadi pilihan tenaga pengajar serta pelajar asing selain mempunyai hab kesihatan bertaraf antarabangsa.

"Secara tidak langsung, keadaan ini telah menjadikan Iskandar Puteri sebagai sebuah pasaran pelanggan mempunyai nilai kuasa membeli yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Medan Selera Iskandar Malaysia di Taman Nusa Perintis, di sini, semalam.

Osman berkata, Kerajaan Johor juga menyeru usahawan di negeri ini untuk menyediakan pakej-pakej perkhidmatan dan layanan pelanggan terbaik dengan menjadikan konsep halal sebagai teras.

"Sudah pasti kita mampu untuk menarik kelompok pelanggan berkualiti ini.

Artikel Berkaitan:

"Amat rugi jika usahawan tempatan terus mengambil sikap tunggu dan lihat kerana pembangunan bergerak pantas dan tidak akan menunggu mereka yang mengambil sikap demikian," katanya.