Yusoff Rawther: Anwar akan dipanggil beri keterangan

Datuk Huzir Mohamed
Datuk Huzir Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diambil keterangan susulan dakwaan Muhammed Yusoff Rawther bahawa dirinya dicabul seorang pemimpin politik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Rakaman percakapan mereka akan diambil setelah mendapat tarikh temu janji yang sesuai.

"Kertas siasatan kes serta cadangan tindakan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara berdasarkan hasil siasatan itu,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buka kertas siasatan kes Yussof Rawther

Semalam, bekas pekerja seorang ahli politik, Muhammad Yusoff Rawther hadir buat kali kedua di Ibu Pejabat Bukit Aman.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sambung rakam keterangan Yusoff Rawther

Pada Sabtu lalu, Muhammad Yusoff telah membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul supaya polis menyiasat dakwaan berhubung kes cabul terhadap dirinya selain mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik berkenaan.

Artikel Berkaitan: