'Sudah-sudahlah, kami dah muak'

Mohd Fadzil Ahmad Shobri
Mohd Fadzil Ahmad Shobri
A
A
A

ALOR SETAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kubang Pasu kecewa apabila terdapat segelintir pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghadirkan diri pada Kongres Nasional PKR 2019 yang berlangsung di Melaka hujung minggu lalu.

Ketuanya, Mohd Fadzil Ahmad Shobri berkata, sebagai pimpinan muda parti, pihaknya sudah muak dengan sikap segelintir pimpinan yang dilihat bukan lagi mahu mengutamakan agenda berkhidmat untuk rakyat.

Menurutnya, pemimpin sebegitu tidak seharusnya diberikan tempat dalam pimpinan tertinggi parti kerana bimbang menjejaskan agenda utama parti.

“Sudah-sudahlah, sekarang bukan lagi masa untuk kita menjaga hati mana-mana pimpinan yang lebih mementingkan agenda peribadi.

"Berbaliklah kepada landasan sebenar parti yang mengutamakan agenda membantu rakyat, terutama anak muda,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Fadzil berkata, setelah berakhirnya Kongres PKR, seharusnya fokus diberikan kepada usul dibangkitkan perwakilan bukannya mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak bermanfaat.

“Sebagai pimpinan muda, saya harap semua lapisan kepimpinan beri tumpuan kepada usul dibawakan Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari yang mahu isu hal ehwal ekonomi anak muda dan pengangguran dalam negara diberikan perhatian.

“Kenyataan beliau bukan mempersoalkan ketokohan pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan, cuma beliau mahu anjakan paradigma terhadap penyelesaian ekonomi anak muda dan pembangunan seimbang di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, selaku parti kerajaan, PKR tidak lagi perlu berlebihan dalam berpolitik, sebaliknya membawa isu yang menjadi keutamaan buat anak muda di Malaysia.

"Jika pemimpin itu terasa (kenyataan Mohammed Firdaus) terpulanglah, sesungguhnya bukan pemimpin yang berjiwa besar seorang itu jika tidak boleh ditegur," katanya.