Pelari berkelakuan tidak senonoh dilarang sertai perlumbaan

Alex Bozarjian terkejut apabila seorang pelari menampar punggungnya ketika dia membuat liputan acara larian di Georgia.
Alex Bozarjian terkejut apabila seorang pelari menampar punggungnya ketika dia membuat liputan acara larian di Georgia.
A
A
A

GEORGIA - Seorang pelari lelaki yang menampar punggung seorang wartawan televisyen sedang membuat liputan acara larian di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dilarang daripada menyertai perlumbaan pada masa akan datang.

Penganjur larian bertekad mengenal pasti pelari berkenaan yang memalukan Alex Bozarjian dari WSAV-TV ketika dia membuat liputan acara Savannah Bridge Run, Sabtu lalu.

“Kami telah mengenal pasti pelari terbabit dan berkongsi maklumatnya dengan wartawan itu dan stesennya.

“Kami membuat keputusan untuk melarang individu ini daripada mendaftar untuk sebarang acara perlumbaan anjuran Savannah Sports Council," tulis organisasi itu di laman Twitter tanpa mendedahkan nama pelari terbabit kepada umum.

Dalam video yang ditonton lebih 10 juta kali itu, jelas kelihatan wartawan wanita itu terkejut apabila seorang pelari menampar punggungnya ketika dia membuat liputan.

"Kepada lelaki yang menampar punggung saya ketika liputan langsung pagi tadi: Anda telah mencabul dan memalukan saya," tulis Bozarjian di laman Twitter sambil menambah tiada wanita harus melalui pengalaman ini di tempat kerja atau di mana sahaja!. - Agensi

Artikel Berkaitan: