Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat

Antara 526 orang daripada 133 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kolej Vokasional Kota Tinggi ketika tinjauan hari ini.
Antara 526 orang daripada 133 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kolej Vokasional Kota Tinggi ketika tinjauan hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Tinggi meningkat sedikit daripada hanya 711 mangsa daripada 180 keluarga pagi tadi kepada 717 orang daripada 182 keluarga setakat jam 8 malam tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon dalam kenyataan berkata, peningkatan itu merangkumi seramai dua mangsa daripada sebuah keluarga yang baharu ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan empat mangsa daripada sebuah keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai.

Ini menjadikan keseluruhan mangsa yang berada di SJKC New Kota ialah seramai 69 orang daripada 14 keluarga, dan 24 mangsa daripada lapan keluarga di SK Mawai.

Selain dua PPS itu, mangsa banjir turut berada di SK Teluk Ramia iaitu dengan seramai 46 orang daripada 13 keluarga; 526 mangsa daripada 133 keluarga di Kolej Vokasional Kota Tinggi dan 52 mangsa daripada 14 keluarga di Dewan Seri Teratai Batu 4.

Chen Choon berkata, sekiranya keadaan cuaca baik dan tidak hujan esok, terdapat kemungkinan kesemua PPS ini ditutup.

Bagaimanapun ketika ini cuaca dilaporkan masih mendung. - Bernama

Artikel Berkaitan: