Tumpahan minyak: Gangguan bekalan air di Seremban, Port Dickson

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Sebahagian kawasan di Seremban dan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air ekoran pemberhentian segera operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akibat insiden tumpahan minyak di Sungai Linggi semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan LRA berkenaan akibat penemuan kes pembuangan minyak di Sungai Linggi yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, di daerah Seremban antara kawasan yang terjejas ialah Taman (Tmn.) Pinggiran Senawang, Sekolah Dato’ Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Hentian R&R Senawang, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung (Kg) Solok, Kg. Ribu, Kg. Sega Ulu, Kg. Sega Hilir, Jalan (Jln.) Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kg. Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh dan Pekan Kuala Sawah.

Selain itu, Kg. Belangkan, Industri Nilam Ribu, Tmn. Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kg. Takau, Kg. Pening, Kg. Kancong, Tmn. Rantau, Jln. Air Kuning, Tmn. Permata, Kg. Linsum, Kg. Siliau Hulu, Kg. Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kg. Sg. Sendayan dan kawasan sekitar turut mengalami gangguan bekalan air.

Daerah Port Dickson pula melibatkan seluruh kawasan PD Water Front dan seluruh Pekan PD, Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-kem Bt. 5 Jln. Pantai, Selesa Beach Resort, Tanjung Tuan Resort, Bayu Beach Resort, Kem-kem Bt. 4 Jln. Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah SDASA, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1&2), Pusat Hemodialisis Bt. 1 Jln. Pantai.

Turut terjejas ialah TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Kualiti Alam & Jimah Power Plant, dari Escort Estet, Kg. Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Kawasan Tmn. Sirusa Jaya Bt. 6 Jln. Pantai, seluruh Kawasan Bt. 5 Jln. Pantai, Kg. Baru Sirusa, Jln. Sua Betong, Tmn. Desa PD, Kg. Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Selain itu, dari kawasan Batu (Bt.) 4 Jln. Pantai, kawasan Kg. Bagan Pinang, Tmn. PD Utama, Tmn. Raja Zainal, Tmn. Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jln. Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Bt. 1, Jln. Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan PD, dari Pekan PD Jln. Lama, Kg. Chokra, Tmn. Muhibah, Tmn. Puteri, Kg. Arab, Tmn. PD Akasia, Kg. Air Meleleh, Kg. Gelam, Tmn. PD Tropika, Tmn. Sri Mawar dan Jln. Bypass.

Kawasan Kg. Paya, Tanjung Gemok, Tmn. Kiara, Tmn. Sri Intan, Tmn. Ria, Tmn. Negeri Lama & Baru, Tmn. Pantai Mas, Kg. Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Tmn. Sentosa Lama & Baru, Tmn. PD Jaya, Tmn. Naga, Tmn. Indah Baru, Tmn. Bandar Baru, Tmn. Indah Wang, Tmn. Aman, Tmn. Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Tmn. Desaru, kawasan Sri Parit, Tmn. Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, turut terjejas.

Artikel Berkaitan:

Kawasan lain ialah Tmn. Wawasan, Tmn. Jaya, Tmn. Tun Sambathan, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt. 6 Jln. Seremban, Bt. 7 Jln. Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau, dari simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Tmn. Lukut Makmur, Tmn. D’Pinggiran Kota, Tmn. Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kg. Cina Site C Tanah Merah, Tmn. Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah.

Beliau berkata, pemberhentian proses rawatan air di loji itu dijangka mengambil masa yang lama untuk merawat bekalan air mentah yang telah tercemar.

"SAINS akan berusaha untuk mengurangkan gangguan kepada kawasan pengguna dan memohon kerjasama serta pemahaman semua pihak dalam hal yang tidak dijangkakan ini," katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama